Polisi Kuki

Nichols Plc menghormati privasi anda dan komited dalam melindungi maklumat peribadi anda.

Seperti kebanyakan syarikat, kami menggunakan teknologi di laman web kami untuk mengumpul maklumat yang membantu kami dalam menambah baik pengalaman anda dan produk serta perkhidmatan kami. Kuki yang kami gunakan di vimto.com.my membolehkan laman web kami berfungsi dan membantu kami dalam memahami maklumat dan pengiklanan yang paling berguna untuk para pengunjung kami.

Sila luangkan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan amalan kuki kami dan jika anda ada sebarang soalan, maklumkan kepada kami dengan menghantar permohonan melalui borang hubungi kami di laman web kami.

Kami telah cuba menjadikan notis ini semudah dan seringkas yang mungkin, tetapi jika anda tidak biasa dengan istilah-istilah, seperti kuki, alamat IP, dan pelayar, jadi sila baca mengenai istilah-istilah ini terlebih dahulu.

APAKAH KUKI SEBENARNYA?

Kuki adalah fail teks kecil yang digunakan untuk menyimpan dan menerima maklumat di pelayar web apabila anda mengunjungi sesebuah laman web. Teknologi lain yang digunakan untuk menyimpan dan menerima maklumat di pelayar anda juga akan dirujuk sebagai “kuki” untuk tujuan polisi ini.

Kuki diperlukan untuk pelbagai fungsi yang memastikan laman web beroperasi, atau beroperasi dengan lebih efisien, dan ia boleh memberikan maklumat kepada pemilik laman web tentang bagaimana anda menggunakan laman web mereka. Kuki juga boleh digunakan untuk menunjukkan kepada anda iklan yang relevan, berdasarkan tabiat pelayaran anda, bagi memperibadikan pengalaman pengguna anda.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN KUKI?

Kami menggunakan kuki untuk memantau bagaimana individu menggunakan laman web kami, termasuk menganggar saiz para pengunjung dan corak penggunaan, untuk menguruskan sumber rangkaian dan trafik serta memastikan laman web kami selamat.

Kuki yang anda telah beri kebenaran, juga akan digunakan untuk mengumpul data peribadi anda yang akan diprofilkan kepada para pengunjung supaya kami dapat memberikan pengiklanan sasaran yang khusus mengikut minat anda dan mengehadkan jumlah paparan sesuatu iklan kepada anda. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai aktiviti pemprofilan yang dilaksanakan Nichols Plc dengan data peribadi anda untuk pengiklanan, sila lihat Notis Privasi kami.

Akhir sekali, kami menggunakan kuki untuk mengumpulkan statistik tanpa nama dan agregat yang membolehkan kami memahami bagaimana pengguna menggunakan laman web kami. Ini membantu kami mempertingkat struktur dan kandungan laman serta menilai keberkesanan kempen pengiklanan di laman web vimto.com.my.

ANDA YANG MENENTUKAN KUKI YANG KAMI GUNAKAN

Kebanyakan pelayar internet pada mulanya ditetapkan untuk menerima kuki secara automatik. Jika anda tidak mahu laman web kami menyimpan kuki pada peranti anda, anda boleh mengubah tetapan pelayar supaya amaran dipaparkan sebelum kuki tertentu disimpan. Anda juga boleh melaraskan tetapan untuk menolak kebanyakan kuki kami atau hanya kuki tertentu daripada pihak ketiga. Anda juga boleh menarik balik persetujuan terhadap kuki dengan memadam kuki yang telah disimpan.

Jika anda menyahaktifkan kuki yang kami gunakan, ini mungkin menjejaskan pengalaman anda semasa melayari laman web vimto.com.my. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu laman web atau tidak menerima maklumat yang diperibadikan semasa anda mengunjungi laman web.

Jika anda menggunakan peranti yang berbeza untuk mengakses laman web vimto.com.my (contohnya, komputer, telefon pintar atau tablet), anda perlu memastikan bahawa setiap pelayar pada setiap peranti ditetapkan mengikut pilihan kuki anda.

Anda juga boleh mengurus atau menyahaktifkan kuki dalam pelayar anda. Maklumat lanjut mengenai cara melakukannya boleh didapati melalui pautan berikut:

Terdapat banyak maklumat berguna tentang kuki dalam talian. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki secara umum, sila kunjungi allaboutcookies.org.

APAKAH JENIS KUKI YANG KAMI GUNAKAN?

Kuki yang digunakan di laman web vimto.com.my boleh dikategorikan secara asasnya seperti berikut:

  • Kuki yang diperlukan. Kuki ini diperlukan untuk operasi dan keselamatan laman web kami.
  • Kuki prestasi. Kuki ini membolehkan kami mengenal pasti dan mengira jumlah pengunjung laman web serta memahami bagaimana mereka menavigasi laman web kami ketika menggunakannya. Ini membantu kami menambah baik prestasi laman web, contohnya dengan memastikan pengguna dapat mencari maklumat yang diingini dengan mudah. Sebahagian daripada kuki prestasi ini mungkin dikendalikan oleh pihak ketiga.