Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Pastikan anda membaca Terma dan Syarat yang terkandung dalam dokumen ini dengan teliti kerana sebarang penggunaan laman web ini menandakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini.
SIAPA KAMI DAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI
Laman web vimto.com.my ini dimiliki dan dikendalikan oleh Nichols Plc. Kami menggunakan istilah “kami” (dsb.) untuk merujuk kepada Nichols Plc setiap kali istilah ini digunakan, ini juga terpakai dalam Polisi Privasi dan Polisi Kuki kami.
Jika anda ada sebarang soalan, sila hubungi kami.
HAK HARTA INTELEK
Semua hak cipta dan mana-mana hak harta intelek lain dalam semua bentuk teks, imej, dan bahan-bahan lain di laman web ini adalah hak milik Nichols Plc Group dan syarikat-syarikat bersekutu atau yang dimasukkan dengan kebenaran pemilik yang berkenaan. Mana-mana rujukan kepada sekutu atau syarikat-syarikat bersekutu hendaklah merangkumi semua ahli di bawah Nichols Plc Group.
Anda dibenarkan untuk melayari laman web ini dan menghasilkan semula petikan-petikan melalui kaedah pencetakan, muat turun ke dalam cakera keras dan pengedaran kepada orang lain tetapi, dalam semua kes, untuk tujuan peribadi, pemberian maklumat dan bukan komersial sahaja. Tiada penghasilan semula mana-mana bahagian laman web ini boleh dijual atau diedarkan untuk keuntungan komersial, dan ia tidak boleh diubah suai atau dimasukkan ke dalam mana-mana karya, penerbitan atau laman lain, sama ada dalam salinan cetak atau format elektronik, termasuk pemindahan ke mana-mana laman lain. Tiada lesen atau hak lain yang diberikan.
Semua cap dagangan, logo, watak, dan tanda perkhidmatan (secara kolektif disebut sebagai "Cap Dagangan") yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik atau telah dilesenkan secara eksklusif kepada, Nicholas Plc. Tiada sebarang kandungan di laman web ini yang boleh ditafsirkan sebagai pemberian hak atau lesen untuk menggunakan mana-mana Cap Dagangan yang dipaparkan di laman web ini. Penggunaan/penyalahgunaan Cap Dagangan yang dipaparkan di laman web ini, atau mana-mana kandungan lain di laman web ini, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini, adalah dilarang sama sekali. Anda juga dinasihatkan bahawa Nicholas Plc akan menguatkuasakan hak harta inteleknya dengan sepenuhnya mengikut undang-undang, termasuk pendakwaan jenayah bagi kesalahan serius.
PENAFIAN
Penggunaan laman web ini adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.
LIABILITI
Kandungan di laman web kami disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Ia bukan bertujuan dijadikan nasihat yang anda boleh ambil sebagai rujukan. Anda mesti mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil, atau tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan yang ada di laman web kami.
Walaupun kami telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengemas kini maklumat di laman kami, kami tidak membuat sebarang perwakilan, waranti, atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat, yang kandungan di laman web kami ini adalah tepat, lengkap, atau terkini.
PENGHANTARAN
Sebarang bahan atau komunikasi bukan-peribadi yang anda hantar ke laman web ini melalui e-mel elektronik atau sebaliknya, termasuk sebarang data, soalan, komen, cadangan atau seumpamanya, akan dianggap sebagai, bukan sulit. Apa-apa penghantaran atau hantaran anda akan menjadi milik eksklusif Nicholas Plc Group dan boleh digunakan, tanpa ada sebarang sekatan untuk apa-apa tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penghasilan semula, pendedahan, penghantaran, penerbitan, penyiaran dan hantaran. Selain itu, Nichols Plc Group bebas menggunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengembangan, pembinaan, pengiklanan dan pemasaran produk) sebarang komen, idea, karya seni, reka cipta, perkembangan, cadangan, konsep atau yang seumpamanya yang terkandung dalam apa-apa komunikasi yang telah anda hantar ke laman web ini. Sebarang penggunaan sedemikian adalah tanpa sebarang pampasan kepada pihak yang mengemukakan maklumat. Dengan penghantaran maklumat ini, anda juga memberi jaminan yang anda memiliki bahan/kandungan yang dihantar, bahawa ia bukan pernyataan fitnah dan penggunaan oleh Kumpulan Nichols Plc tidak akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga. Walau bagaimanapun, Kumpulan Nichols Plc tidak terikat untuk menggunakan maklumat yang telah dihantar.
PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
Jika laman web kami mengandungi pautan ke laman web lain dan sumber yang disediakan oleh pihak ketiga, pautan-pautan ini disediakan untuk maklumat anda sahaja. Pautan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan daripada kami terhadap laman web yang dipautkan atau maklumat yang mungkin anda peroleh daripadanya. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan laman web atau sumber tersebut.
PAUTAN KE LAMAN WEB KAMI
Anda boleh membuat pautan ke halaman utama kami, selagi anda melakukannya dengan cara yang adil dan sah dan tidak menjejaskan reputasi kami atau mengambil kesempatan daripadanya.
Anda tidak boleh mewujudkan pautan dengan cara yang boleh memberikan gambaran wujudnya sebarang bentuk hubungan, kelulusan atau sokongan daripada pihak kami sekiranya perkata tersebut tidak wujud.
Anda tidak boleh mewujudkan pautan ke laman web kami dalam mana-mana laman web yang bukan milik anda.
Laman kami tidak boleh dipaparkan dalam mana-mana laman lain, dan anda juga tidak dibenarkan membuat pautan ke mana-mana bahagian laman kami selain daripada halaman utama.
Kami berhak menarik balik kebenaran untuk membuat pautan tanpa sebarang notis.
Sekiranya anda bercadang untuk membuat pautan atau menggunakan kandungan di laman kami dengan cara lain daripada yang telah dinyatakan di atas, sila hubungi kami.
TANGGUNGJAWAB KAMI TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN
Sama ada anda pengguna individu atau pengguna perniagaan:
Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami kepada anda dalam apa jua cara sekiranya tindakan tersebut melanggar undang-undang. Ini termasuk liabiliti atas kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian kami atau kecuaian pekerja, ejen, atau subkontraktor kami, serta penipuan atau salah nyata secara penipuan.
Sekiranya anda pengguna yang memiliki sebuah perniagaan:
Kami mengecualikan semua syarat tersirat, waranti, perwakilan atau terma lain yang mungkin terpakai kepada laman kami atau mana-mana kandungan lain.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, sama ada berdasarkan kontrak, tort (termasuk kecuaian), pelanggaran kewajipan statutori, atau dalam apa cara sekalipun, walaupun dapat diramalkan, yang timbul daripada atau berkaitan dengan:
- penggunaan atau ketidakmampuan, menggunakan laman web kami; atau
- penggunaan atau pergantungan terhadap mana-mana kandungan yang dipaparkan di laman kami.
Secara khususnya, kami tidak akan bertanggungjawab atas:
- kehilangan keuntungan, jualan, perniagaan, atau hasil;
- gangguan perniagaan;
- kehilangan penjimatan yang dijangkakan;
- kehilangan peluang perniagaan, reputasi atau nama baik; atau
- sebarang kehilangan atau kerosakan tidak langsung atau berbangkit.
Sekiranya anda seorang pengguna individu:
Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menyediakan laman web kami untuk penggunaan peribadi dan domestik. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman web kami untuk apa-apa tujuan perniagaan atau komersial, dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk sebarang kerugian keuntungan, kerugian perniagaan, gangguan perniagaan, atau kehilangan peluang perniagaan.
Sekiranya berlaku ralat pada kandungan digital yang kami sediakan dan ralat tersebut telah merosakkan peranti atau kandungan digital milik anda akibat kegagalan kami menggunakan kemahiran dan langkah yang munasabah, kami akan sama ada memperbaiki kerosakan atau membayar anda pampasan. Walau bagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang boleh anda elakkan jika anda mengikuti nasihat atau arahan kami.
AKTIVITI YANG DILARANG
Anda hanya boleh menggunakan laman kami untuk tujuan yang sah. Anda tidak boleh menggunakan laman kami:
- dalam apa jua cara yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan, kebangsaan, atau antarabangsa yang terpakai;
- dalam apa jua cara yang menyalahi undang-undang atau bersifat penipuan, atau yang mempunyai tujuan atau kesan yang menyalahi undang-undang atau bersifat penipuan;
- untuk tujuan mencederakan atau cuba mencederakan kanak-kanak dalam apa jua cara;
- untuk menghantar, menerima, memuat naik, memuat turun, menggunakan atau menggunakan semula sebarang bahan yang tidak mematuhi piawaian kandungan yang dinyatakan dalam terma ini;
- untuk menghantar atau mengatur penghantaran mana-mana bahan pengiklanan atau promosi yang tidak diminta atau tidak dibenarkan, atau sebarang bentuk permintaan serupa (spam), tanpa persetujuan bertulis rasmi daripada kami terlebih dahulu;
- untuk menghantar sebarang data atau memuat naik mana-mana bahan yang mengandungi virus, kuda trojan, cecacing, bom masa, bom logik, pencatat ketukan kekunci, perisian intip, perisian iklan atau sebarang program berbahaya atau kod komputer yang serupa atau bahan hasad atau berbahaya dari segi teknologi atau yang direka untuk menjejaskan operasi mana-mana perisian atau perkakasan komputer;
- untuk menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin atau menjual semula mana-mana bahagian laman kami yang melanggar peruntukan dalam terma ini;
- untuk memadamkan atau mengubah mana-mana bahagian laman atau bahan yang diposkan atau dihantar ke laman oleh mana-mana pengguna, individu atau entiti lain;
- dengan cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran, mengganggu, merosakkan atau menjejaskan mana-mana bahagian laman kami, pelayan atau rangkaian tempat laman kami disimpan, mana-mana perisian yang digunakan dalam penyediaan laman kami, atau mana-mana peralatan, pelayan, rangkaian, komputer atau pangkalan data yang disambungkan ke laman kami; atau
- dengan menyerang laman kami melalui serangan penafian perkhidmatan atau serangan penafian perkhidmatan teragih.
KEMASKINI NOTIS UNDANG-UNDANG
Kami mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan dan pembetulan terhadap notis ini. Sila rujuk ke halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak perubahan serta sebarang maklumat tambahan yang baharu.