{"id":927,"date":"2024-10-16T13:56:35","date_gmt":"2024-10-16T05:56:35","guid":{"rendered":"https:\/\/vimto.com.my\/staging\/?page_id=927"},"modified":"2025-12-15T11:21:24","modified_gmt":"2025-12-15T03:21:24","slug":"privacy-policy","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/privacy-policy\/","title":{"rendered":"Polisi Privasi"},"content":{"rendered":"<p class=\" translation-block\">Nichols Plc menghormati privasi anda dan komited dalam melindungi data peribadi anda.\nDalam polisi privasi ini, kami akan menerangkan bagaimana kami mengumpul dan\nmenggunakan maklumat peribadi anda apabila anda melawat laman web <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/bm\" target=\"_self\">vimto.com.my<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Sila luangkan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan amalan privasi kami, dan jika\nanda mempunyai sebarang soalan, maklumkan kepada kami dengan menghantar\npermohonan melalui borang <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/bm#contact\" target=\"_self\">hubungi kami<\/a> di laman web kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Sila ambil perhatian bahawa pautan daripada laman web kami boleh membawa anda ke\nlaman web luaran yang tidak dilindungi oleh polisi ini. Kami mengesyorkan supaya anda\nmenyemak polisi privasi mereka terlebih dahulu sebelum menyerahkan sebarang\nmaklumat peribadi kepada laman-laman web itu. Kami tidak akan bertanggungjawab\nterhadap kandungan, fungsi atau polisi pengumpulan maklumat laman web luaran\ntersebut.\n\nAnda mempunyai hak untuk membantah penggunaan tertentu berkenaan data peribadi\nanda, termasuk penggunaan data peribadi anda untuk pemasaran langsung. Sila lihat\nhak-hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak-hak anda di bawah.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">MAKLUMAT APA YANG KAMI KUMPUL TENTANG ANDA DAN\nBAGAIMANA KAMI MENGUMPULNYA?<\/h2>\n\n\n\n<p>Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti\nindividu tertentu secara langsung atau tidak langsung. Definisi ini merangkumi data\nperibadi yang dikumpul di luar talian melalui Pusat Perhubungan Pelanggan, kempen\npemasaran luaran, cabutan bertuah dan pertandingan serta dalam talian melalui laman\nweb kami, aplikasi dan halaman yang mewakili jenama di platform pihak ketiga, serta\naplikasi yang diakses atau digunakan melalui platform pihak ketiga.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda mungkin akan diminta untuk memberikan data peribadi anda ketika menghubungi\nkami. Syarikat-syarikat Nicholas Plc mungkin akan berkongsi data peribadi anda sesama\nmereka dan dengan syarikat Nichols Plc Group yang lain serta menggunakannya dengan\ncara yang konsisten dengan Notis Privasi ini. Kami juga mungkin akan\nmenggabungkannya dengan maklumat yang lain untuk mempertingkatkan produk,\nperkhidmatan, kandungan, dan pengiklanan kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Data peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung,<\/li>\n\n\n\n<li>Data peribadi yang kami kumpul secara automatik, dan<\/li>\n\n\n\n<li>Data peribadi yang kami kumpul daripada sumber-sumber lain.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Anda tidak diwajibkan untuk memberi Nichols Plc data peribadi yang diminta oleh kami,\ntetapi jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, kami mungkin tidak dapat\nmemberikan anda maklumat perkhidmatan atau produk kami, atau perkhidmatan\nberkualiti tinggi atau, memberikan maklum balas terhadap mana-mana pertanyaan yang\nanda mungkin ada.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Maklumat yang kami kumpul tentang anda di laman web kami<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami mengumpul maklumat menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa untuk\nmembezakan anda daripada pengguna-pengguna lain di laman web kami. Ini dapat\nmemudahkan pengalaman dalam talian anda dengan mengelakkan anda daripada perlu\nmemasukkan semula beberapa maklumat, serta membolehkan kami melakukan\npenambahbaikan kepada laman web kami. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana dan\nmengapa kami menggunakan kuki, sila lihat Polisi Kuki kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila anda melawat laman web kami kami mungkin akan mengumpul maklumat\nberikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Butiran lawatan anda ke laman web kami dan sumber yang telah diakses oleh anda,\nseperti halaman mana yang anda lihat dan pautan mana yang anda ikuti<\/li>\n\n\n\n<li>Alamat IP dan lokasi umum anda<\/li>\n\n\n\n<li>Butiran perkakasan dan perisian yang anda gunakan untuk mengakses laman\nweb<\/li>\n\n\n\n<li>Pengecam peranti (alamat IP atau kuki) untuk pencegahan penipuan<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Maklumat yang kami kumpul tentang anda daripada sumber lain<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami mungkin akan mengumpul maklumat tentang anda daripada sumber lain. Ini\nmungkin merangkumi yang berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Maklumat awam sedia ada, daripada sumber seperti Suruhanjaya Syarikat\nMalaysia dan Daftar Pemilih<\/li>\n\n\n\n<li>Maklumat yang anda telah kongsikan secara terbuka, termasuk di media sosial\n(terutamanya berkenaan permohonan pekerjaan)<\/li>\n\n\n\n<li>Maklumat dari pangkalan data pihak ketiga, seperti agensi-agensi rujukan kredit<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Senarai ini bukan menyeluruh dan, dalam kes-kes tertentu, kami mungkin perlu\nmengumpul data tambahan untuk tujuan yang dinyatakan dalam polisi ini.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">BAGAIMANA DAN MENGAPA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT\nPERIBADI ANDA?<\/h2>\n\n\n\n<p>Kami mengambil serius undang-undang perlindungan data, jadi kami telah menjelaskan\ndengan terperinci di bawah bagaimana dan mengapa kami menggunakan maklumat anda,\ndan apa asas undang-undang kami yang membolehkan penggunaan maklumat anda\ndalam setiap cara.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mengendalikan dan mempertingkatkan laman web kami<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami sentiasa ingin memberikan pengalaman terbaik yang kami mampu di laman web\nkami. Ini bermakna kadangkala kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk\nmencari cara bagi kami menambah baik apa yang kami lakukan, atau bagaimana kami\nmelakukannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks ini, kami akan bergantung pada asas undang-undang kepentingan yang\nsah dan hanya akan menggunakan maklumat anda apabila perlu supaya kami boleh:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Memantau dan mempertingkatkan prestasi laman web kami<\/li>\n\n\n\n<li>Menilai dan mempertingkatkan sistem, proses dan kakitangan kami (termasuk\nlatihan)<\/li>\n\n\n\n<li>Memastikan kandungan di laman web kami dipersembahkan dengan cara yang\npaling efektif untuk anda dan komputer anda<\/li>\n\n\n\n<li>Menyelenggara laman web kami, termasuk penyelesaian masalah, menganalisis\nstatistik, menjalankan penyelidikan dan ujian, serta memastikan laman web\nselamat<\/li>\n\n\n\n<li>Mengkaji dan memahami keberkesanan iklan yang dipaparkan kepada anda dan\norang lain, serta menyampaikan iklan yang relevan untuk anda<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Kami mungkin akan menggunakan data agregat tentang penggunaan di laman web kami\nuntuk tujuan analitik, menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti Google Analytics.\nData agregat yang digunakan untuk tujuan analitik dan statistik akan dianonimkan\nsupaya ia tidak mengandungi apa-apa maklumat yang boleh mengenalpasti anda.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Berkomunikasi dengan anda<\/h3>\n\n\n\n<p>Memang perlu untuk kami menggunakan maklumat peribadi tentang anda apabila anda\nmenghubungi kami, atau apabila kami menghubungi anda. Kami mempunyai kepentingan\nyang sah dalam berkomunikasi secara efektif dengan para pelanggan dan pengguna\nlaman web kami dan kami mungkin akan menggunakan maklumat anda dalam konteks ini\nuntuk:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan yang anda ajukan\nkepada kami, termasuk melalui laman web dan media sosial<\/li>\n\n\n\n<li>Memberikan anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami<\/li>\n\n\n\n<li>Mengesahkan identiti anda<\/li>\n\n\n\n<li>Menangani sebarang aduan yang anda mungkin ada<\/li>\n\n\n\n<li>Menghubungi anda tentang sebarang perubahan yang kami telah lakukan\nkepada produk atau perkhidmatan kami<\/li>\n\n\n\n<li>Menghubungi anda tentang perubahan penting terhadap perniagaan, polisi\natau, terma kami<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Memaklumkan kepada anda tentang produk atau perkhidmatan lain yang kami rasa\nmungkin menarik minat anda<\/h3>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk mengenal pasti dan memaklumkan\nanda tentang produk atau perkhidmatan kami yang kami rasa mungkin menarik minat\nanda. Kami hanya akan melakukannya apabila anda telah memaklumkan kepada kami\nbahawa anda ingin menerima komunikasi pemasaran dan anda boleh mengemas kini\npilihan pengguna anda pada bila-bila masa dengan <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/#contact\" target=\"_self\">menghubungi kami<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk mengajak anda menyertai\nkajian pemasaran. Sekiranya kami menghubungi anda tentang kajian pemasaran, anda\ntidak diwajibkan untuk melibatkan diri. Jika anda memberitahu kami bahawa anda tidak\nmahu menerima komunikasi kajian pemasaran, kami akan menghormati keputusan anda.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mengesahkan identiti anda dan melindungi anda dan orang lain daripada kemudaratan<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami mungkin akan menggunakan maklumat anda jika ada keperluan untuk kami berbuat\ndemikian untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami atau untuk mengesan dan\nmencegah penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah-jenayah yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami juga\nmungkin menggunakan maklumat anda jika perlu untuk melindungi kepentingan anda,\natau kepentingan pihak lain, mengikut kewajipan undang-undang kami dan demi\nkepentingan yang sah. Ini mungkin termasuk kegiatan jenayah seperti kecurian identiti,\ncetak rompak atau penipuan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Perubahan tujuan<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang kami\nkumpulkan, kecuali jika kami secara wajar mempertimbangkan bahawa kami perlu\nmenggunakannya untuk sebab yang lain dan sebab itu adalah selaras dengan tujuan\nasal. Sekiranya kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang\ntidak berkaitan, kami akan memaklumkan kepada anda dan menerangkan asas\nundang-undang yang membenarkan kami untuk berbuat demikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memproses maklumat peribadi anda tanpa\npengetahuan atau persetujuan anda, mengikut undang-undang di atas, sekiranya ia\ndiperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">DENGAN SIAPA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?<\/h2>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Berkongsi maklumat anda dalam kumpulan dan syarikat kami<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami berkongsi maklumat yang anda telah berikan kepada kami dengan kakitangan kami\nsupaya kami dapat menguruskan laman web kami dan menangani aduan serta\npertanyaan pelanggan dengan lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang anda telah berikan kepada kami dengan\nsyarikat lain dalam kumpulan kami dan laman web lain yang kami dan syarikat di bawah\nkumpulan kami beroperasi.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga<\/h3>\n\n\n\n<p>Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan sesetengah pihak ketiga.\nContohnya, kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Penyedia pengehosan web untuk mengurus dan mengehos laman web serta\ninfrastruktur yang berkaitan, perkhidmatan, dan aplikasi<\/li>\n\n\n\n<li>Sistem pengurusan perhubungan untuk menghantar e-mel, mesej segera, mesej\nmedia sosial, dan mesej SMS<\/li>\n\n\n\n<li>Rakan penaja, pengiklan, rangkaian pengiklan, pelayan pengiklanan, rangkaian\nmedia sosial, dan syarikat analitik atau pihak ketiga yang berkaitan dengan\npemasaran, promosi, pengayaan data dan tawaran lain, serta maklumat produk<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Terdapat keadaan tertentu yang luar biasa di mana kami mungkin akan mendedahkan\nmaklumat anda kepada pihak ketiga. Ini hanya akan dilakukan jika kami berpendapat\nbahawa pendedahan itu:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Dikehendaki oleh undang-undang, atau untuk mematuhi prosiding kehakiman,\nperintah mahkamah atau prosiding kawal selia atau undang-undang<\/li>\n\n\n\n<li>Perlu untuk melindungi keselamatan para pekerja kami, harta kami atau orang\nawam<\/li>\n\n\n\n<li>Perlu untuk pencegahan atau pengesanan jenayah, termasuk pertukaran\nmaklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan pengurangan risiko\nkredit dan perlindungan penipuan<\/li>\n\n\n\n<li>Bersesuaian sebagai sebahagian daripada penggabungan, penjualan\nperniagaan atau aset; sekiranya ini berlaku, kami akan berkongsi maklumat\nanda dengan bakal penjual atau pembeli yang terlibat<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">HOW LONG DO WE KEEP YOUR PERSONAL INFORMATION?<\/h2>\n\n\n\n<p>Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana kami memerlukannya\nuntuk tujuan ia disimpan. Data anda mungkin akan disimpan supaya kami boleh terus\nmenambah baik pengalaman anda bersama kami dan untuk memastikan anda menerima\nganjaran kesetiaan yang memang patut menjadi milik anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami menyimpan data yang boleh dikenal pasti di mana ia dikumpul secara langsung\nbagi tujuan sasaran untuk tempoh masa sependek yang mungkin, selepas itu kami akan\nmengambil langkah-langkah untuk memadamkannya secara kekal.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami akan sentiasa aktif menyemak maklumat peribadi yang kami simpan dan\nmemadamkannya dengan selamat, atau dalam sesetengah kes akan dianonimkan, apabila\ntiada lagi keperluan untuk penyimpanan dari aspek pengguna, perniagaan atau\nundang-undang.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?<\/h2>\n\n\n\n<p>Kami akan mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk memastikan data anda\ndikendalikan dengan selamat dan mengikut polisi ini. Kami mengambil setiap langkah\nuntuk melindungi data peribadi anda daripada salah guna, gangguan, kerugian, akses\ntanpa izin, pengubahsuaian atau pendedahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah-langkah kami merangkumi pelaksanaan kawalan akses yang sesuai, pelaburan\ndalam Keupayaan Keselamatan Maklumat terkini untuk melindungi persekitaran IT yang\nkami gunakan, serta memastikan data peribadi disulitkan,\ndipsudonimkan, dan dianonimkan apabila boleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Akses kepada data peribadi anda hanya dibenarkan kepada para pekerja dan ejen kami\nberdasarkan keperluan, serta tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan kontrak yang ketat\napabila diproses oleh pihak ketiga.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">APA HAK-HAK YANG ANDA ADA BERKENAAN MAKLUMAT PERIBADI\nANDA?<\/h2>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Apabila kami memproses data peribadi anda, anda mempunyai beberapa hak terhadap\nbagaimana data tersebut diproses dan boleh melaksanakan hak-hak ini pada bila-bila\nmasa. Kami telah menyediakan gambaran keseluruhan mengenai hak-hak ini di bawah\nbersama-sama dengan implikasinya untuk anda. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda\ndengan menghantar pertanyaan melalui borang  <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/#contact\" target=\"_self\">hubungi kami<\/a>  di laman web kami.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Hak untuk dimaklumkan. Anda mempunyai hak untuk diberikan maklumat yang\njelas, telus dan mudah difahami mengenai bagaimana kami menggunakan\nmaklumat peribadi dan hak-hak anda. Oleh yang demikian, kami memberikan\nanda maklumat tersebut dalam notis ini.<\/li>\n\n\n\n<li class=\" translation-block\">Hak mengakses dan pembetulan. Anda mempunyai hak untuk mengakses,\nmembetulkan atau mengemas kini data peribadi anda pada bila-bila masa. Kami\nmemahami kepentingan perkara ini dan sekiranya anda ingin melaksanakan\nhak-hak anda, sila <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/#contact\" target=\"_self\">hubungi kami<\/a>.<\/li>\n\n\n\n<li>Hak kemudahalihan data. Data peribadi yang telah anda berikan kepada kami\nmungkin bersifat mudah alih. Ini bermaksud ia boleh dipindahkan, disalin atau\ndihantar secara elektronik dalam keadaan tertentu.<\/li>\n\n\n\n<li>Hak untuk dilupakan. Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak untuk\nmeminta kami memadamkan data anda. Jika anda ingin memadamkan data\nperibadi yang kami simpan tentang anda, sila maklumkan kepada kami, dan kami\nakan mengambil langkah yang wajar untuk memenuhi permintaan anda selaras\ndengan keperluan undang-undang. Jika data peribadi yang kami kumpulkan\ntidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan dan kami tidak diwajibkan oleh\nundang-undang untuk menyimpannya, kami akan berusaha untuk memadam,\nmemusnahkan, atau menyahidentifikasinya secara kekal.<\/li>\n\n\n\n<li>Hak untuk mengehadkan pemprosesan. Dalam keadaan tertentu, anda\nmempunyai hak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda.<\/li>\n\n\n\n<li>Hak untuk membantah. Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak untuk\nmembantah jenis pemprosesan tertentu, termasuk pemprosesan bagi tujuan\npemasaran langsung (iaitu, menerima e-mel daripada kami untuk pemberitahuan\natau dihubungi mengenai pelbagai peluang yang berpotensi).<\/li>\n\n\n\n<li>Hak untuk mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Penyeliaan. Anda\nmempunyai hak untuk mengemukakan aduan secara langsung kepada\nmana-mana Pihak Berkuasa Penyeliaan tempatan mengenai cara kami\nmemproses data peribadi anda.<\/li>\n\n\n\n<li>Hak untuk menarik balik persetujuan. Jika anda telah memberikan persetujuan\nterhadap apa-apa yang kami lakukan dengan data peribadi anda (iaitu, kami\nbergantung pada persetujuan sebagai asas undang-undang untuk memproses\ndata peribadi anda), anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda\npada bila-bila masa. (Walau bagaimanapun, jika anda berbuat demikian, ini tidak\nbermaksud bahawa sebarang pemprosesan data peribadi yang telah dilakukan\ndengan persetujuan anda sebelum itu adalah tidak sah. Anda boleh menarik balik\npersetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa\ndengan menghubungi kami dengan butiran yang diberikan di bawah.<\/li>\n\n\n\n<li>Rights related to automated decision-making. You have the right not to be subject o a decision which is based solely on automated processing and which produces legal or other significant effects on you. In particular, you have the right:\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>to obtain human intervention;<\/li>\n\n\n\n<li>to express your point of view;<\/li>\n\n\n\n<li>to obtain an explanation of the decision reached after an assessment; and<\/li>\n\n\n\n<li>to challenge such a decision.<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Maklumat lanjut dan nasihat mengenai hak anda boleh diperoleh daripada pengawal\nselia perlindungan data di negara anda.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI KAMI<\/h2>\n\n\n\n<p>Kami akan mengemas kini Notis Privasi ini apabila perlu untuk mencerminkan maklum\nbalas pelanggan dan perubahan dalam produk kami. Apabila kami membuat perubahan\nkepada kenyataan ini, kami akan menyemak semula tarikh \"kemas kini terakhir\" di bawah.\nJika perubahan tersebut adalah signifikan, kami akan menyediakan notis yang lebih jelas\n(termasuk, bagi perkhidmatan tertentu, pemberitahuan melalui e-mel mengenai\nperubahan Notis Privasi).<\/p>\n\n\n\n<p>Kami tidak akan mengurangkan hak anda mengikut Notis Privasi ini tanpa persetujuan\nanda. Sila semak kembali dengan kerap untuk melihat kemas kini atau perubahan pada\npolisi privasi kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali terakhir versi ini dikemas kini adalah pada 28 Oktober 2024 dan versi-versi terdahulu\nboleh diperoleh dengan menghubungi kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada Notis Privasi ini, mungkin terdapat kempen atau promosi khusus yang\nakan dikawal oleh notis atau terma privasi tambahan. Kami menyarankan anda untuk\nmembaca notis atau terma privasi tambahan ini sebelum menyertai mana-mana kempen\natau promosi tersebut kerana anda dikehendaki mematuhi syarat tersebut sekiranya anda\nmengambil bahagian. Sebarang notis atau notis privasi tambahan akan disediakan\ndengan jelas untuk anda.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">HUBUNGI KAMI<\/h2>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai privasi anda di laman web kami, sila\nhantar permohonan melalui borang <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/#contact\" target=\"_self\">hubungi kami<\/a>  di laman web kami.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nichols Plc respects your privacy and is committed to protecting your personal data. In this privacy policy we explain how we collect and use your personal information when you visit the vimto.com.my website. Please take a moment to familiarise yourself with our privacy practices and let us know if you have any questions by submitting [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-927","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/927","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=927"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/927\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1644,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/927\/revisions\/1644"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=927"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}