{"id":943,"date":"2024-10-16T14:56:44","date_gmt":"2024-10-16T06:56:44","guid":{"rendered":"https:\/\/vimto.com.my\/staging\/?page_id=943"},"modified":"2024-10-16T15:37:40","modified_gmt":"2024-10-16T07:37:40","slug":"terms-conditions","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/terms-conditions\/","title":{"rendered":"Vimto Terma &amp; Syarat"},"content":{"rendered":"<p>Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Pastikan anda membaca Terma dan\nSyarat yang terkandung dalam dokumen ini dengan teliti kerana sebarang penggunaan\nlaman web ini menandakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat yang\ndinyatakan di sini.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">SIAPA KAMI DAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI<\/h2>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Laman web  <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\" target=\"_self\">vimto.com.my<\/a> ini dimiliki dan dikendalikan oleh Nichols Plc. Kami\nmenggunakan istilah \u201ckami\u201d (dsb.) untuk merujuk kepada Nichols Plc setiap kali istilah\nini digunakan, ini juga terpakai dalam <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/?page_id=927\" data-type=\"page\" data-id=\"927\" target=\"_self\">Polisi Privasi<\/a> dan Polisi Kuki kami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Jika anda ada sebarang soalan, sila <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/#contact\" target=\"_self\">hubungi kami<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">HAK HARTA INTELEK<\/h2>\n\n\n\n<p>Semua hak cipta dan mana-mana hak harta intelek lain dalam semua bentuk teks, imej,\ndan bahan-bahan lain di laman web ini adalah hak milik Nichols Plc Group dan\nsyarikat-syarikat bersekutu atau yang dimasukkan dengan kebenaran pemilik yang\nberkenaan. Mana-mana rujukan kepada sekutu atau syarikat-syarikat bersekutu\nhendaklah merangkumi semua ahli di bawah Nichols Plc Group.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda dibenarkan untuk melayari laman web ini dan menghasilkan semula petikan-petikan\nmelalui kaedah pencetakan, muat turun ke dalam cakera keras dan pengedaran kepada\norang lain tetapi, dalam semua kes, untuk tujuan peribadi, pemberian maklumat dan\nbukan komersial sahaja. Tiada penghasilan semula mana-mana bahagian laman web ini\nboleh dijual atau diedarkan untuk keuntungan komersial, dan ia tidak boleh diubah suai\natau dimasukkan ke dalam mana-mana karya, penerbitan atau laman lain, sama ada\ndalam salinan cetak atau format elektronik, termasuk pemindahan ke mana-mana laman\nlain. Tiada lesen atau hak lain yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua cap dagangan, logo, watak, dan tanda perkhidmatan (secara kolektif disebut\nsebagai \"Cap Dagangan\") yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik atau telah\ndilesenkan secara eksklusif kepada, Nicholas Plc. Tiada sebarang kandungan di laman\nweb ini yang boleh ditafsirkan sebagai pemberian hak atau lesen untuk menggunakan\nmana-mana Cap Dagangan yang dipaparkan di laman web ini.\nPenggunaan\/penyalahgunaan Cap Dagangan yang dipaparkan di laman web ini, atau\nmana-mana kandungan lain di laman web ini, kecuali seperti yang dinyatakan dalam\nTerma dan Syarat ini, adalah dilarang sama sekali. Anda juga dinasihatkan bahawa\nNicholas Plc akan menguatkuasakan hak harta inteleknya dengan sepenuhnya mengikut\nundang-undang, termasuk pendakwaan jenayah bagi kesalahan serius.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">PENAFIAN<\/h2>\n\n\n\n<p>Penggunaan laman web ini adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">LIABILITI<\/h2>\n\n\n\n<p>Kandungan di laman web kami disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Ia bukan\nbertujuan dijadikan nasihat yang anda boleh ambil sebagai rujukan. Anda mesti\nmendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil, atau tidak mengambil\nsebarang tindakan berdasarkan kandungan yang ada di laman web kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kami telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengemas kini maklumat di\nlaman kami, kami tidak membuat sebarang perwakilan, waranti, atau jaminan, sama ada\nnyata atau tersirat, yang kandungan di laman web kami ini adalah tepat, lengkap, atau\nterkini.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">PENGHANTARAN<\/h2>\n\n\n\n<p>Sebarang bahan atau komunikasi bukan-peribadi yang anda hantar ke laman web ini\nmelalui e-mel elektronik atau sebaliknya, termasuk sebarang data, soalan, komen,\ncadangan atau seumpamanya, akan dianggap sebagai, bukan sulit. Apa-apa\npenghantaran atau hantaran anda akan menjadi milik eksklusif Nicholas Plc Group dan\nboleh digunakan, tanpa ada sebarang sekatan untuk apa-apa tujuan, termasuk tetapi\ntidak terhad kepada, penghasilan semula, pendedahan, penghantaran, penerbitan,\npenyiaran dan hantaran. Selain itu, Nichols Plc Group bebas menggunakan untuk\napa-apa tujuan sekalipun (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengembangan,\npembinaan, pengiklanan dan pemasaran produk) sebarang komen, idea, karya seni, reka\ncipta, perkembangan, cadangan, konsep atau yang seumpamanya yang terkandung\ndalam apa-apa komunikasi yang telah anda hantar ke laman web ini. Sebarang\npenggunaan sedemikian adalah tanpa sebarang pampasan kepada pihak yang\nmengemukakan maklumat. Dengan penghantaran maklumat ini, anda juga memberi\njaminan yang anda memiliki bahan\/kandungan yang dihantar, bahawa ia bukan\npernyataan fitnah dan penggunaan oleh Kumpulan Nichols Plc tidak akan melanggar hak\nmana-mana pihak ketiga. Walau bagaimanapun, Kumpulan Nichols Plc tidak terikat untuk\nmenggunakan maklumat yang telah dihantar.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN<\/h2>\n\n\n\n<p>Jika laman web kami mengandungi pautan ke laman web lain dan sumber yang\ndisediakan oleh pihak ketiga, pautan-pautan ini disediakan untuk maklumat anda sahaja.\nPautan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan daripada kami terhadap\nlaman web yang dipautkan atau maklumat yang mungkin anda peroleh daripadanya.\nKami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan laman web atau sumber tersebut.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">PAUTAN KE LAMAN WEB KAMI<\/h2>\n\n\n\n<p>Anda boleh membuat pautan ke halaman utama kami, selagi anda melakukannya dengan\ncara yang adil dan sah dan tidak menjejaskan reputasi kami atau mengambil kesempatan\ndaripadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda tidak boleh mewujudkan pautan dengan cara yang boleh memberikan gambaran\nwujudnya sebarang bentuk hubungan, kelulusan atau sokongan daripada pihak kami\nsekiranya perkata tersebut tidak wujud.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda tidak boleh mewujudkan pautan ke laman web kami dalam mana-mana laman web\nyang bukan milik anda. <\/p>\n\n\n\n<p>Laman kami tidak boleh dipaparkan dalam mana-mana laman lain, dan anda juga tidak\ndibenarkan membuat pautan ke mana-mana bahagian laman kami selain daripada\nhalaman utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami berhak menarik balik kebenaran untuk membuat pautan tanpa sebarang notis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\" translation-block\">Sekiranya anda bercadang untuk membuat pautan atau menggunakan kandungan di\nlaman kami dengan cara lain daripada yang telah dinyatakan di atas, sila <a href=\"https:\/\/vimto.com.my\/#contact\" target=\"_self\">hubungi kami<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">TANGGUNGJAWAB KAMI TERHADAP KEHILANGAN ATAU\nKEROSAKAN<\/h2>\n\n\n\n<p>Sama ada anda pengguna individu atau pengguna perniagaan: <\/p>\n\n\n\n<p>Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami kepada anda dalam apa jua\ncara sekiranya tindakan tersebut melanggar undang-undang. Ini termasuk liabiliti atas\nkematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian kami atau kecuaian\npekerja, ejen, atau subkontraktor kami, serta penipuan atau salah nyata secara penipuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda pengguna yang memiliki sebuah perniagaan:<\/p>\n\n\n\n<p>Kami mengecualikan semua syarat tersirat, waranti, perwakilan atau terma lain yang\nmungkin terpakai kepada laman kami atau mana-mana kandungan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, sama\nada berdasarkan kontrak, tort (termasuk kecuaian), pelanggaran kewajipan statutori, atau\ndalam apa cara sekalipun, walaupun dapat diramalkan, yang timbul daripada atau\nberkaitan dengan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>penggunaan atau ketidakmampuan, menggunakan laman web kami; atau<\/li>\n\n\n\n<li>penggunaan atau pergantungan terhadap mana-mana kandungan yang dipaparkan\ndi laman kami.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Secara khususnya, kami tidak akan bertanggungjawab atas:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>kehilangan keuntungan, jualan, perniagaan, atau hasil;<\/li>\n\n\n\n<li>gangguan perniagaan;<\/li>\n\n\n\n<li>kehilangan penjimatan yang dijangkakan;<\/li>\n\n\n\n<li>kehilangan peluang perniagaan, reputasi atau nama baik; atau<\/li>\n\n\n\n<li>sebarang kehilangan atau kerosakan tidak langsung atau berbangkit.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda seorang pengguna individu:<\/p>\n\n\n\n<p>Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menyediakan laman web kami untuk\npenggunaan peribadi dan domestik. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman\nweb kami untuk apa-apa tujuan perniagaan atau komersial, dan kami tidak akan\nbertanggungjawab terhadap anda untuk sebarang kerugian keuntungan, kerugian\nperniagaan, gangguan perniagaan, atau kehilangan peluang perniagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya berlaku ralat pada kandungan digital yang kami sediakan dan ralat tersebut\ntelah merosakkan peranti atau kandungan digital milik anda akibat kegagalan kami\nmenggunakan kemahiran dan langkah yang munasabah, kami akan sama ada\nmemperbaiki kerosakan atau membayar anda pampasan. Walau bagaimanapun, kami\ntidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang boleh anda elakkan jika anda\nmengikuti nasihat atau arahan kami.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">AKTIVITI YANG DILARANG<\/h2>\n\n\n\n<p>Anda hanya boleh menggunakan laman kami untuk tujuan yang sah. Anda tidak boleh\nmenggunakan laman kami:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>dalam apa jua cara yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan\ntempatan, kebangsaan, atau antarabangsa yang terpakai;<\/li>\n\n\n\n<li>dalam apa jua cara yang menyalahi undang-undang atau bersifat penipuan, atau\nyang mempunyai tujuan atau kesan yang menyalahi undang-undang atau bersifat\npenipuan;<\/li>\n\n\n\n<li>untuk tujuan mencederakan atau cuba mencederakan kanak-kanak dalam apa\njua cara;<\/li>\n\n\n\n<li>untuk menghantar, menerima, memuat naik, memuat turun, menggunakan atau\nmenggunakan semula sebarang bahan yang tidak mematuhi piawaian kandungan\nyang dinyatakan dalam terma ini;<\/li>\n\n\n\n<li>untuk menghantar atau mengatur penghantaran mana-mana bahan pengiklanan\natau promosi yang tidak diminta atau tidak dibenarkan, atau sebarang bentuk\npermintaan serupa (spam), tanpa persetujuan bertulis rasmi daripada kami\nterlebih dahulu;<\/li>\n\n\n\n<li>untuk menghantar sebarang data atau memuat naik mana-mana bahan yang\nmengandungi virus, kuda trojan, cecacing, bom masa, bom logik, pencatat\nketukan kekunci, perisian intip, perisian iklan atau sebarang program berbahaya\natau kod komputer yang serupa atau bahan hasad atau berbahaya dari segi\nteknologi atau yang direka untuk menjejaskan operasi mana-mana perisian atau\nperkakasan komputer;<\/li>\n\n\n\n<li>untuk menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin atau menjual semula\nmana-mana bahagian laman kami yang melanggar peruntukan dalam terma ini;<\/li>\n\n\n\n<li>untuk memadamkan atau mengubah mana-mana bahagian laman atau bahan\nyang diposkan atau dihantar ke laman oleh mana-mana pengguna, individu atau\nentiti lain;<\/li>\n\n\n\n<li>dengan cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran, mengganggu, merosakkan\natau menjejaskan mana-mana bahagian laman kami, pelayan atau rangkaian\ntempat laman kami disimpan, mana-mana perisian yang digunakan dalam\npenyediaan laman kami, atau mana-mana peralatan, pelayan, rangkaian, komputer\natau pangkalan data yang disambungkan ke laman kami; atau<\/li>\n\n\n\n<li>dengan menyerang laman kami melalui serangan penafian perkhidmatan atau\nserangan penafian perkhidmatan teragih.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">KEMASKINI NOTIS UNDANG-UNDANG<\/h2>\n\n\n\n<p>Kami mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan dan pembetulan terhadap\nnotis ini. Sila rujuk ke halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak perubahan\nserta sebarang maklumat tambahan yang baharu.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Thank you for visiting this website. Please be sure to read the Terms and Conditions contained in this document carefully since any use of this website constitutes your acceptance of the Terms and Conditions set out herein. WHO WE ARE AND HOW TO CONTACT US The vimto.com.my website is owned and operated by Nichols Plc. [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-943","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/943","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=943"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/943\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":948,"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/943\/revisions\/948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/vimto.com.my\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=943"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}