Polisi Privasi

Nichols Plc menghormati privasi anda dan komited dalam melindungi data peribadi anda. Dalam polisi privasi ini, kami akan menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda apabila anda melawat laman web vimto.com.my.

Sila luangkan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan amalan privasi kami, dan jika anda mempunyai sebarang soalan, maklumkan kepada kami dengan menghantar permohonan melalui borang hubungi kami di laman web kami.

Sila ambil perhatian bahawa pautan daripada laman web kami boleh membawa anda ke laman web luaran yang tidak dilindungi oleh polisi ini. Kami mengesyorkan supaya anda menyemak polisi privasi mereka terlebih dahulu sebelum menyerahkan sebarang maklumat peribadi kepada laman-laman web itu. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan, fungsi atau polisi pengumpulan maklumat laman web luaran tersebut. Anda mempunyai hak untuk membantah penggunaan tertentu berkenaan data peribadi anda, termasuk penggunaan data peribadi anda untuk pemasaran langsung. Sila lihat hak-hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak-hak anda di bawah.

MAKLUMAT APA YANG KAMI KUMPUL TENTANG ANDA DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPULNYA?

Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tertentu secara langsung atau tidak langsung. Definisi ini merangkumi data peribadi yang dikumpul di luar talian melalui Pusat Perhubungan Pelanggan, kempen pemasaran luaran, cabutan bertuah dan pertandingan serta dalam talian melalui laman web kami, aplikasi dan halaman yang mewakili jenama di platform pihak ketiga, serta aplikasi yang diakses atau digunakan melalui platform pihak ketiga.

Anda mungkin akan diminta untuk memberikan data peribadi anda ketika menghubungi kami. Syarikat-syarikat Nicholas Plc mungkin akan berkongsi data peribadi anda sesama mereka dan dengan syarikat Nichols Plc Group yang lain serta menggunakannya dengan cara yang konsisten dengan Notis Privasi ini. Kami juga mungkin akan menggabungkannya dengan maklumat yang lain untuk mempertingkatkan produk, perkhidmatan, kandungan, dan pengiklanan kami.

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk:

  • Data peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung,
  • Data peribadi yang kami kumpul secara automatik, dan
  • Data peribadi yang kami kumpul daripada sumber-sumber lain.

Anda tidak diwajibkan untuk memberi Nichols Plc data peribadi yang diminta oleh kami, tetapi jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, kami mungkin tidak dapat memberikan anda maklumat perkhidmatan atau produk kami, atau perkhidmatan berkualiti tinggi atau, memberikan maklum balas terhadap mana-mana pertanyaan yang anda mungkin ada.

Maklumat yang kami kumpul tentang anda di laman web kami

Kami mengumpul maklumat menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa untuk membezakan anda daripada pengguna-pengguna lain di laman web kami. Ini dapat memudahkan pengalaman dalam talian anda dengan mengelakkan anda daripada perlu memasukkan semula beberapa maklumat, serta membolehkan kami melakukan penambahbaikan kepada laman web kami. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana dan mengapa kami menggunakan kuki, sila lihat Polisi Kuki kami.

Apabila anda melawat laman web kami kami mungkin akan mengumpul maklumat berikut:

  • Butiran lawatan anda ke laman web kami dan sumber yang telah diakses oleh anda, seperti halaman mana yang anda lihat dan pautan mana yang anda ikuti
  • Alamat IP dan lokasi umum anda
  • Butiran perkakasan dan perisian yang anda gunakan untuk mengakses laman web
  • Pengecam peranti (alamat IP atau kuki) untuk pencegahan penipuan

Maklumat yang kami kumpul tentang anda daripada sumber lain

Kami mungkin akan mengumpul maklumat tentang anda daripada sumber lain. Ini mungkin merangkumi yang berikut:

  • Maklumat awam sedia ada, daripada sumber seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Daftar Pemilih
  • Maklumat yang anda telah kongsikan secara terbuka, termasuk di media sosial (terutamanya berkenaan permohonan pekerjaan)
  • Maklumat dari pangkalan data pihak ketiga, seperti agensi-agensi rujukan kredit

Senarai ini bukan menyeluruh dan, dalam kes-kes tertentu, kami mungkin perlu mengumpul data tambahan untuk tujuan yang dinyatakan dalam polisi ini.

BAGAIMANA DAN MENGAPA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami mengambil serius undang-undang perlindungan data, jadi kami telah menjelaskan dengan terperinci di bawah bagaimana dan mengapa kami menggunakan maklumat anda, dan apa asas undang-undang kami yang membolehkan penggunaan maklumat anda dalam setiap cara.

Mengendalikan dan mempertingkatkan laman web kami

Kami sentiasa ingin memberikan pengalaman terbaik yang kami mampu di laman web kami. Ini bermakna kadangkala kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk mencari cara bagi kami menambah baik apa yang kami lakukan, atau bagaimana kami melakukannya.

Dalam konteks ini, kami akan bergantung pada asas undang-undang kepentingan yang sah dan hanya akan menggunakan maklumat anda apabila perlu supaya kami boleh:

  • Memantau dan mempertingkatkan prestasi laman web kami
  • Menilai dan mempertingkatkan sistem, proses dan kakitangan kami (termasuk latihan)
  • Memastikan kandungan di laman web kami dipersembahkan dengan cara yang paling efektif untuk anda dan komputer anda
  • Menyelenggara laman web kami, termasuk penyelesaian masalah, menganalisis statistik, menjalankan penyelidikan dan ujian, serta memastikan laman web selamat
  • Mengkaji dan memahami keberkesanan iklan yang dipaparkan kepada anda dan orang lain, serta menyampaikan iklan yang relevan untuk anda

Kami mungkin akan menggunakan data agregat tentang penggunaan di laman web kami untuk tujuan analitik, menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti Google Analytics. Data agregat yang digunakan untuk tujuan analitik dan statistik akan dianonimkan supaya ia tidak mengandungi apa-apa maklumat yang boleh mengenalpasti anda.

Berkomunikasi dengan anda

Memang perlu untuk kami menggunakan maklumat peribadi tentang anda apabila anda menghubungi kami, atau apabila kami menghubungi anda. Kami mempunyai kepentingan yang sah dalam berkomunikasi secara efektif dengan para pelanggan dan pengguna laman web kami dan kami mungkin akan menggunakan maklumat anda dalam konteks ini untuk:

  • Memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan yang anda ajukan kepada kami, termasuk melalui laman web dan media sosial
  • Memberikan anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami
  • Mengesahkan identiti anda
  • Menangani sebarang aduan yang anda mungkin ada
  • Menghubungi anda tentang sebarang perubahan yang kami telah lakukan kepada produk atau perkhidmatan kami
  • Menghubungi anda tentang perubahan penting terhadap perniagaan, polisi atau, terma kami

Memaklumkan kepada anda tentang produk atau perkhidmatan lain yang kami rasa mungkin menarik minat anda

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk mengenal pasti dan memaklumkan anda tentang produk atau perkhidmatan kami yang kami rasa mungkin menarik minat anda. Kami hanya akan melakukannya apabila anda telah memaklumkan kepada kami bahawa anda ingin menerima komunikasi pemasaran dan anda boleh mengemas kini pilihan pengguna anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.

Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk mengajak anda menyertai kajian pemasaran. Sekiranya kami menghubungi anda tentang kajian pemasaran, anda tidak diwajibkan untuk melibatkan diri. Jika anda memberitahu kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi kajian pemasaran, kami akan menghormati keputusan anda.

Mengesahkan identiti anda dan melindungi anda dan orang lain daripada kemudaratan

Kami mungkin akan menggunakan maklumat anda jika ada keperluan untuk kami berbuat demikian untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami atau untuk mengesan dan mencegah penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah-jenayah yang lain.

Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda jika perlu untuk melindungi kepentingan anda, atau kepentingan pihak lain, mengikut kewajipan undang-undang kami dan demi kepentingan yang sah. Ini mungkin termasuk kegiatan jenayah seperti kecurian identiti, cetak rompak atau penipuan.

Perubahan tujuan

Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang kami kumpulkan, kecuali jika kami secara wajar mempertimbangkan bahawa kami perlu menggunakannya untuk sebab yang lain dan sebab itu adalah selaras dengan tujuan asal. Sekiranya kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan kepada anda dan menerangkan asas undang-undang yang membenarkan kami untuk berbuat demikian.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memproses maklumat peribadi anda tanpa pengetahuan atau persetujuan anda, mengikut undang-undang di atas, sekiranya ia diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

DENGAN SIAPA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Berkongsi maklumat anda dalam kumpulan dan syarikat kami

Kami berkongsi maklumat yang anda telah berikan kepada kami dengan kakitangan kami supaya kami dapat menguruskan laman web kami dan menangani aduan serta pertanyaan pelanggan dengan lebih berkesan.

Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang anda telah berikan kepada kami dengan syarikat lain dalam kumpulan kami dan laman web lain yang kami dan syarikat di bawah kumpulan kami beroperasi.

Berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga

Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan sesetengah pihak ketiga. Contohnya, kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan:

  • Penyedia pengehosan web untuk mengurus dan mengehos laman web serta infrastruktur yang berkaitan, perkhidmatan, dan aplikasi
  • Sistem pengurusan perhubungan untuk menghantar e-mel, mesej segera, mesej media sosial, dan mesej SMS
  • Rakan penaja, pengiklan, rangkaian pengiklan, pelayan pengiklanan, rangkaian media sosial, dan syarikat analitik atau pihak ketiga yang berkaitan dengan pemasaran, promosi, pengayaan data dan tawaran lain, serta maklumat produk

Terdapat keadaan tertentu yang luar biasa di mana kami mungkin akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga. Ini hanya akan dilakukan jika kami berpendapat bahawa pendedahan itu:

  • Dikehendaki oleh undang-undang, atau untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau prosiding kawal selia atau undang-undang
  • Perlu untuk melindungi keselamatan para pekerja kami, harta kami atau orang awam
  • Perlu untuk pencegahan atau pengesanan jenayah, termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan pengurangan risiko kredit dan perlindungan penipuan
  • Bersesuaian sebagai sebahagian daripada penggabungan, penjualan perniagaan atau aset; sekiranya ini berlaku, kami akan berkongsi maklumat anda dengan bakal penjual atau pembeli yang terlibat

HOW LONG DO WE KEEP YOUR PERSONAL INFORMATION?

Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana kami memerlukannya untuk tujuan ia disimpan. Data anda mungkin akan disimpan supaya kami boleh terus menambah baik pengalaman anda bersama kami dan untuk memastikan anda menerima ganjaran kesetiaan yang memang patut menjadi milik anda.

Kami menyimpan data yang boleh dikenal pasti di mana ia dikumpul secara langsung bagi tujuan sasaran untuk tempoh masa sependek yang mungkin, selepas itu kami akan mengambil langkah-langkah untuk memadamkannya secara kekal.

Kami akan sentiasa aktif menyemak maklumat peribadi yang kami simpan dan memadamkannya dengan selamat, atau dalam sesetengah kes akan dianonimkan, apabila tiada lagi keperluan untuk penyimpanan dari aspek pengguna, perniagaan atau undang-undang.

BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami akan mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk memastikan data anda dikendalikan dengan selamat dan mengikut polisi ini. Kami mengambil setiap langkah untuk melindungi data peribadi anda daripada salah guna, gangguan, kerugian, akses tanpa izin, pengubahsuaian atau pendedahan.

Langkah-langkah kami merangkumi pelaksanaan kawalan akses yang sesuai, pelaburan dalam Keupayaan Keselamatan Maklumat terkini untuk melindungi persekitaran IT yang kami gunakan, serta memastikan data peribadi disulitkan, dipsudonimkan, dan dianonimkan apabila boleh.

Akses kepada data peribadi anda hanya dibenarkan kepada para pekerja dan ejen kami berdasarkan keperluan, serta tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan kontrak yang ketat apabila diproses oleh pihak ketiga.

APA HAK-HAK YANG ANDA ADA BERKENAAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Apabila kami memproses data peribadi anda, anda mempunyai beberapa hak terhadap bagaimana data tersebut diproses dan boleh melaksanakan hak-hak ini pada bila-bila masa. Kami telah menyediakan gambaran keseluruhan mengenai hak-hak ini di bawah bersama-sama dengan implikasinya untuk anda. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda dengan menghantar pertanyaan melalui borang hubungi kami di laman web kami.

  • Hak untuk dimaklumkan. Anda mempunyai hak untuk diberikan maklumat yang jelas, telus dan mudah difahami mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi dan hak-hak anda. Oleh yang demikian, kami memberikan anda maklumat tersebut dalam notis ini.
  • Hak mengakses dan pembetulan. Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda pada bila-bila masa. Kami memahami kepentingan perkara ini dan sekiranya anda ingin melaksanakan hak-hak anda, sila hubungi kami.
  • Hak kemudahalihan data. Data peribadi yang telah anda berikan kepada kami mungkin bersifat mudah alih. Ini bermaksud ia boleh dipindahkan, disalin atau dihantar secara elektronik dalam keadaan tertentu.
  • Hak untuk dilupakan. Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak untuk meminta kami memadamkan data anda. Jika anda ingin memadamkan data peribadi yang kami simpan tentang anda, sila maklumkan kepada kami, dan kami akan mengambil langkah yang wajar untuk memenuhi permintaan anda selaras dengan keperluan undang-undang. Jika data peribadi yang kami kumpulkan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan dan kami tidak diwajibkan oleh undang-undang untuk menyimpannya, kami akan berusaha untuk memadam, memusnahkan, atau menyahidentifikasinya secara kekal.
  • Hak untuk mengehadkan pemprosesan. Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda.
  • Hak untuk membantah. Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak untuk membantah jenis pemprosesan tertentu, termasuk pemprosesan bagi tujuan pemasaran langsung (iaitu, menerima e-mel daripada kami untuk pemberitahuan atau dihubungi mengenai pelbagai peluang yang berpotensi).
  • Hak untuk mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Penyeliaan. Anda mempunyai hak untuk mengemukakan aduan secara langsung kepada mana-mana Pihak Berkuasa Penyeliaan tempatan mengenai cara kami memproses data peribadi anda.
  • Hak untuk menarik balik persetujuan. Jika anda telah memberikan persetujuan terhadap apa-apa yang kami lakukan dengan data peribadi anda (iaitu, kami bergantung pada persetujuan sebagai asas undang-undang untuk memproses data peribadi anda), anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. (Walau bagaimanapun, jika anda berbuat demikian, ini tidak bermaksud bahawa sebarang pemprosesan data peribadi yang telah dilakukan dengan persetujuan anda sebelum itu adalah tidak sah. Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami dengan butiran yang diberikan di bawah.
  • Rights related to automated decision-making. You have the right not to be subject o a decision which is based solely on automated processing and which produces legal or other significant effects on you. In particular, you have the right:
    • to obtain human intervention;
    • to express your point of view;
    • to obtain an explanation of the decision reached after an assessment; and
    • to challenge such a decision.

Maklumat lanjut dan nasihat mengenai hak anda boleh diperoleh daripada pengawal selia perlindungan data di negara anda.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI KAMI

Kami akan mengemas kini Notis Privasi ini apabila perlu untuk mencerminkan maklum balas pelanggan dan perubahan dalam produk kami. Apabila kami membuat perubahan kepada kenyataan ini, kami akan menyemak semula tarikh "kemas kini terakhir" di bawah. Jika perubahan tersebut adalah signifikan, kami akan menyediakan notis yang lebih jelas (termasuk, bagi perkhidmatan tertentu, pemberitahuan melalui e-mel mengenai perubahan Notis Privasi).

Kami tidak akan mengurangkan hak anda mengikut Notis Privasi ini tanpa persetujuan anda. Sila semak kembali dengan kerap untuk melihat kemas kini atau perubahan pada polisi privasi kami.

Kali terakhir versi ini dikemas kini adalah pada 28 Oktober 2024 dan versi-versi terdahulu boleh diperoleh dengan menghubungi kami.

Selain daripada Notis Privasi ini, mungkin terdapat kempen atau promosi khusus yang akan dikawal oleh notis atau terma privasi tambahan. Kami menyarankan anda untuk membaca notis atau terma privasi tambahan ini sebelum menyertai mana-mana kempen atau promosi tersebut kerana anda dikehendaki mematuhi syarat tersebut sekiranya anda mengambil bahagian. Sebarang notis atau notis privasi tambahan akan disediakan dengan jelas untuk anda.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai privasi anda di laman web kami, sila hantar permohonan melalui borang hubungi kami di laman web kami.